REN: Komisen Tinggi Tempat Lain?

Sanggup Tinggalkan Circle Yang Dah Bantu Kau Naik?

Hari ini ramai REN senang goyah bila dengar:

“Bro sini komisen 88%… 90%… 95%… 100%…”

Terus hati berbunga.
Terus lupa siapa tarik dia masa tak mampu bayar bil.
Terus lupa siapa ajar cara close deal pertama.
Terus lupa siapa angkat semangat masa down.

Komisen tinggi datang bila kau dah jadi kuat.
Tapi circle yang buat kau kuat itu kau campak tepi.

Ironi kan?

Sentap Dulu Sebelum Menyesal

Nak pergi tempat komisen tinggi? Silakan…

Tapi bila:
❌ Tiada siapa nak bimbing
❌ Listing tak jalan
❌ Buyer hilang
❌ Close lambat
❌ Mental koyak
❌ Income tak stabil

Masa tu baru rasa…

Rupanya komisen tinggi tak guna kalau ZERO guidance.

Sebab komisen tinggi tanpa ilmu = angan-angan jadi hutang.

Realiti Paling Sakit

Circle yang bagus:

  • Tegur untuk kebaikan
  • Tarik naik masa kau malas
  • Paksa kau jadi luar biasa
  • Kongsi ilmu tanpa kedekut
  • Doakan kau berjaya

Tapi…
kau tinggalkan mereka demi angka atas kertas.

Dan akhirnya?

Kau dapat komisen tinggi yang bukan milik kau
Sebab kau pun TAK CLOSE apa-apa.

Jangan Kejar Duit

Sampai Hilang Orang Yang Bantu Kau Cari Duit

Komisen tinggi itu umpan.
Circle berkualiti itu jaminan.

Kesimpulannya

Jangan tinggalkan circle yang buat kau berjaya
untuk circle yang hanya pandai menjanjikan kejayaan dan pandai-pandai kau bawa diri maklumla komisen dah bagi tinggi.

Kalau yang dah buktikan BOLEH ANGKAT HIDUP kau pun kau sanggup tinggal…
Apa yang kau tak boleh tinggal nanti?

Sesal dahulu tak rugi, sesal kemudian sedih dan malu sipu-sipu…

Join The Discussion

Ada Persoalan Tentang Urusan Hartanah Anda?

Kami Sedia Membantu

Menyediakan perkhidmatan hartanah yang unggul dan berintegriti, dengan fokus kepada kepuasan pelanggan melalui pendekatan yang profesional, dan inovatif.

Hubungi

No Telefon

+60358804859

Emel

protasaproperties@gmail.com

Alamat

HQ: No. 17-2, Jalan Opera F U2/F, TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Branch: Kuantan
Site Office: Bandar Saujana Putra, Ipoh, Penang

Copyright © 2024 Protasa Properties Sdn Bhd All Right Reserved 

Developed and designed by Website Ejen special for Protasa Properties only

Compare listings

Compare